Perlu ke pakai perunding hartanah untuk jual beli rumah?

Jawapannya. Mungkin tak perlu. Mungkin perlu.

Sebabnya?

Sebabnya ramai orang dapat menyelesaikan urusan membeli atau menjual rumah tanpa pakai khidmat perunding hartanah. Tapi dalam masa yang sama, ramai juga orang menggunakan khidmat mereka untuk urusan jual atau beli rumah.

Dengan kata lain, anda boleh beli atau jual rumah tanpa pakai khidmat perunding hartanah dan anda juga boleh beli atau jual rumah menggunakan khidmat perunding hartanah.

The fact that perunding hartanah mampu menjadi satu bidang kerjaya yang berkembang – yang diterima dan diperakui kepentingannya menunjukkan, khidmat perunding hartanah pada umumnya memang diperlukan dalam industri hartanah samada di peringkat komersial mahu pun individu.

Jadi, persoalan samada anda perlu guna khidmat perunding hartanah atau tidak bukanlah isu besar.

Kalau nak pakai, pakai. Kalau rasa tak perlu, tak payah pakai. Tak pakai perunding hartanah kena tanggung kos dan kena buat kerja. Pakai perunding hartanah pun kena tanggung kos cuma kurang buat kerja.

Perunding hartanah atau Real Estate Negotiator (REN) di negara ini dikawalselia dan dilesenkan di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH) – sebuah badan di bawah Kementerian Kewangan.

Keseluruhan aspek operasi dan aktiviti perunding hartanah diregulasi oleh badan tersebut.

Pendek kata, sebagai perunding hartanah, kami hanya menawarkan khidmat, menjalankan tanggungjawab dan mengecaj pelanggan berdasarkan apa yang telah digariskan oleh pihak LPPEH.

Jika melanggar mana-mana code of ethics yang telah ditetapkan, kami boleh diambil tindakan oleh pihak lembaga – boleh kena amaran, boleh kena denda dan boleh juga ditarik balik lesen yang diberi.

Cuma satu pesanan penting dari saya, kalau anda memilih untuk mengunakan khidmat perunding hartanah, pastikan orang yang anda pilih adalah perunding hartanah yang berlesen dengan LPPEH.

Senang saja nak periksa samada seseorang perunding hartanah itu berlesen atau tak. Anda cuma perlu pergi ke search.lppeh.gov.my.

Klik “Search for Negotiator” dan masukkan mana-mana satu detail yang diperlukan samada REN number atau nama penuh atau no. ic atau no. passport atau nombor telefon bimbitnya dan klik butang “Search”.

Jika dia seorang perunding hartanah berlesen, profilnya akan muncul. Jika “No results found” maknanya orang itu bukan perunding hartanah berlesen.

Join The Discussion

Compare listings

Compare