Jumlah Gaji Bukan Penentu Layak Dapat Pinjaman Perumahan

  • by Nazli Bangihomes (REN 52998)
  • Kewangan
  • 1

Kelayakan untuk buat pinjaman atau apa saja pinjaman dari bank sebenarnya bukan bersandarkan kepada jumlah gaji bulanan kita.

Ini fakta penting yang semua orang kena tahu dan ingat. Lebih-lebih lagi bagi orang-orang muda yang baru memulakan kerjaya dan kehidupan dewasa.

Bukan bermakna bila gaji kita RM5-6k kita terus layak buat pinjaman perumahan untuk beli rumah idaman kita pada bila-bila masa kita nak.

TIDAK.

Kelayakan untuk dapat pinjaman perumahan adalah menggunakan formula DSR atau Debt Servicing Ratio. Dengan bahasa Melayu mudah, Nisbah Pembayaran Hutang.

Maksudnya apa?

Maksudnya, bank akan kenalpasti, ambilkira dan campurkan semua pembayaran bulanan hutang yang kita ada untuk dinisbahkan dengan jumlah pendapatan bersih bulanan kita.

Katakan pendapatan bersih kita, RM5k.

Kita pula ada hutang PPTN, hutang kad kredit, hutang peribadi, hutang kereta, hutang ASB atau apa saja jenis hutang yang boleh dikesan dari rekod rasmi.

Katakanlah jumlah semua pembayaran hutang kita mencecah RM4k sebulan.

Dengan itu DSR atau Nisbah Pembayaran Hutang kita adalah 4k (jumlah bayaran hutang bulanan) di bahagi 5k (jumlah pendapatan bersih bulanan).

Maka nisbah DSR sedia ada kita adalah 80%.

Katakanlah, kita nak beli rumah berharga RM300k dan kita ada duit untuk bayar desposit 10%. Maknanya kita perlukan pinjaman sebanyak RM270k.

Jika tempoh pinjaman dibuat selama 35 tahun dengan kadar faedah 3%, maka sebulan kita kena bayar RM1,155.

Bila kita mohon pinjaman untuk beli rumah ini dari bank, bank akan masukkan jumlah bayaran bulanan rumah ini sekali dalam kiraan DSR kita.

Sebabnya, kalau loan lulus, itulah jumlah pembayaran hutang bulanan kita!

Maknanya jumlah bayaran hutang kita bukan lagi RM4k tetapi dah jadi RM5.155k. Maka kiraan DSR kita adalah RM5.155k (jumlah pembayaran bulanan hutang kita bila dah beli rumah ni) dibahagi dengan RM5k (jumlah pendapatan bersih bulanan).

Kalau begitu, DSR kita dah burst lebih dari 100%. Dah tentu bank tak akan luluskan. Belum masuk bank, dia dah suruh balik. Ko nak makan apa nanti, katanya.

Diringkaskan cerita – kalau nak pastikan kita layak dapat pinjaman perumahan – jumlah pembayaran hutang bulanan kita (termasuk jumlah bayaran rumah yang kita nak beli) dibahagi dengan jumlah pendapatan bersih bulanan, jangan sampai lebih 70%.

Oleh itu, bagi yang bercita-cita nak beli rumah sendiri – berhati-hati atau berhemah kalau nak buat apa-apa hutang selagi rumah itu belum dibeli. Fikir masak-masak.

Sebab apa?

Sebab kelayakan untuk dapat pinjaman perumahan bukan bergantung kepada jumlah gaji atau pendapatan kita. Tetapi ia dipengaruhi oleh jumlah pembayaran hutang yang kita sedang dan bakal tanggung kalau kita beli rumah tu.

Pc Games Free download Crack download Crack download Download Crack Crack download Download Crack Crack download Download Crack Crack download

Prev Post

Pinjaman perumahan

Join The Discussion

Compare listings

Compare