Beza beli rumah baru (Projek) dengan rumah lama (Subsale) dari segi persediaan kewangan

Dari segi persediaan kewangan, ada perbezaan yang jelas di antara beli rumah projek dan beli rumah subsale.

Bila kita beli rumah projek, pemaju biasanya akan cuba memudahkan pembeli membeli.

Yang penting kepada mereka, pembeli berjaya dapat pinjaman untuk beli rumah yang dibina walaupun pembeli itu tak ada duit nak bayar deposit 10% dan lain-lain yang diperlukan.

Caranya mudah saja, mereka mark up siap-siap kos-kos awal beli rumah (deposit, MOT, lawyer, insurans, etc) ke dalam harga yang akan dinyatakan di dalam Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement).

Dipendekkan cerita, dengan cara ini pembeli dapat beli rumah tanpa perlu keluar modal kecuali letak duit booking sikit (biasanya dalam RM500 – 1000, itu pun akan dikembalikan bila rumah siap nanti).

Itu kelebihan beli rumah projek atau rumah baru yang sedang dibina. Boleh beli walaupun tak ada modal asalkan layak dapat pinjaman yang diperlukan untuk membiayai pembeliannya.

Berbeza bila kita beli rumah subsale. Nak beli rumah subsale kita wajib ada duit nak bayar deposit 10% (atau lebih kalau bank taknak bagi pembiayaan 90%) dan duit-duit lain yang diperlukan dalam proses pembelian.

Misalnya, kalau kita nak beli rumah subsale berharga RM500k, seeloknya kita sediakan RM70k.

Ini kerana kita kena lantik peguam dan bayar apa-apa yang kena bayar selain deposit penuh kepada tuan rumah mesti diselesaikan sebelum SPA boleh ditandatangani.

Join The Discussion

Compare listings

Compare