Temui Rumah Ideal Anda

Listing Terbaru

  1. Nak jual atau sewakan rumah atau hartanah?
  2. Nak membeli atau menyewa rumah atau hartanah?
  3. Nak join jadi perunding hartanah?
Pekan Bangi hari ini

Teroka Area Bangi

Bangi berada di dalam mukim Kajang, daerah Hulu Langat. Ia meliputi kawasan seluas 184 km persegi. Pada asalnya Bangi merupakan sebuah kawasan perladangan atau estate dengan beberapa kampung Melayu tradisional seperti Kampung Bangi, Kampung Bahagia, Kampung Batu Lima, Kampung Rinching dan Pekan Bangi sebagai pekan utamanya. Kemudian perbandaran baru muncul dengan pembukaan Bandar Baru Bangi pada awal 70-an. Sekarang pelbagai perbandaran dan skim perumahan baru sedang pesat dimajukan di seluruh Bangi dan anda mungkin tak mahu ketinggalan untuk menjadi pemilik hartanah di sini.

Sekitar Bangi

Bangihomes turut menyenaraikan rumah serta hartanah untuk dijual atau disewa selain dari kawasan Bangi. Kawasan yang dimaksudkan adalah kawasan-kawasan yang bersebelahan atau kawasan sekitar Bangi.

Penyenaraian ini tentulah relevan kepada semua yang berminat dan berkepentingan terhadap rumah atau hartanah di Bangi yang mungkin juga termasuk di kawasan-kawasan yang berada di sekitarnya.

Kawasan sekitar Bangi adalah seperti Kajang, Semenyih, Nilai, Sepang, Putrajaya dan Serdang. Peta di sebelah/di atas memberi gambaran kawasan yang dimaksudkan dan ia juga boleh dilihat sebagai kawasan liputan perkhidmatan kami. 

Jika anda mahu menjual atau membeli rumah atau hartanah dalam kawasan liputan yang ditunjukkan, jangan teragak-agak untuk hubungi kami. Kami akan berusaha memberi perkhidmatan terbaik agar impian serta matlamat anda dapat diurus dan diselesaikan dengan lancar.

Projek Baru

Peluang beli rumah baru idaman anda di pelbagai lokasi di seluruh lembah klang serta lokasi lain

Vblog & Blog

Compare listings

Compare